RSS

Wednesday, December 23, 2009

La Tahzan


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada warga Scripters. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam, dan semoga hari ini membawa seribu satu kenangan yang indah untuk kita kenang pada satu masa kelak. Ada yang bersedih? Kalau ada, usah bersedih lama-lama, kerana ramai yang masih menyayangi anda. Seandainya ingin menangis pun, luahkanlah agar hati anda akan berasa lebih ‘ringan’. Malu ke menangis?...janganlah malu. Awan yang kadang-kala mendung pun tidak pernah malu menitiskan ‘air matanya’. Tetapi, bagi sahabat di luar sana, sekiranya anda menangis kerana teman lelaki anda tidak menyukai anda, atau kawan perempuan mencemuh anda, usah gusar, usah terbuai-buai dengan gundah gulana. Ekspresikan dirimu dengan keceriaan. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor…ramai lagi kawan yang akan menghargai anda. Lagipun, kejar dulu cita-cita sebelum kita mengejar cinta orang lain. Tetapi jangan pula melupakan cinta kepadaNya. Apa yang penting, anda berani menghadapi kemungkinan yang ada menanti di depan anda. Mungkin kita perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Tidak mengapa…itu juga satu ujian dalam kehidupan. Tak gitu. Jadi di sini, saya juga menyarankan diri saya dan orang lain agar lebih tabah menghadapi ujian sekeliling. Memang bercakap itu lebih senang daripada mengharunginya. Tetapi, percayalah…kita tidak keseorangan, kerana Dia sentiasa ada memerhati kita.

0 comments:

Post a Comment

La Paloma

Masa itu emas.