Kadangkala manusia sungguh cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu tanpa mengambil kira keadaan sesuatu itu. Hal sebegini begitu mudah untuk dilakukan. Bersikap tidak ambil peduli tentang perasaan seseorang itu mungkin lumrah bagi yang suka bercakap mengenai keburukan orang lain. Wahai insan-insan sebegini, marilah kita sama-sama bina dan menjana kecemerlangan. Apalah salahnya bersangka baik. Percayalah…awan yang putih pun akan menjadi kelabu kerana sarat dengan muatannya yang akhirnya turun sebagai hujan.
Apa pula kaitan hujan dengan hal yang dibincangkan ini? Ok, mari kita renungkan…pasti ramai yang menganggap awan itu cantik dan putih seperti kapas. Dan lagi ramai yang suka sekiranya awan cerah sentiasa menyelubungi angkasa. Itu satu kesimpulan yang bagus, namun tidak cerdik sekiranya terlupa tentang awan yang akan membawa bersama rintis-rintis hujan dan kalaunya turun dengan lebat, boleh banjir satu dunia…
Boleh membuat kesimpulan. Saya tidak menyatakan ia salah, tapi mengikut keadaan sebenar. Kalau nak dibandingkan cerita kartun, sampai akhir cerita pun, kesimpulan dia, watak kartun tu memang takkan mati punya. Berbanding kita yang hidup ini, yang disangka kaya tak selamanya kaya, kerana mungkin dirundung derita. Yang disangka miskin tak selamanya miskin, kerana mungkin bahagia yang dirasa. Kasimpulannya…tak salah bersangka baik. Yang tak baiknya ialah bersangka buruk sebelum mengenali.
Sama-sama kita renungkan…
0 comments:
Post a Comment