““IMAN YANG PALING AFDAL IALAH APABILA KAMU MENGETAHUI BAHAWA ALLAH SELALU MENYERTAIMU DI MANA SEKALIPUN KAMU BERADA”
(HADITH RIWAYAT ATH-THABRANI)
Saya bukanlah pakar hadith, namun apa yang saya faham mengenai hadith di atas, dengan menyakini bahawa Dia sentiasa bersama kita, maka itu iman yang paling afdal. Saya dan semua pasti yakin dalam apa jua keadaan kita lalui, samada senang atau susah, Dia sentiasa ada mengawasi kita. Lebih-lebih apabila mengalami sesuatu penderitaan atau musibah, ataupun kecelakaan. Namun malangnya, ramai juga yang melupakanNya di saat senang dan gembira. Walhal, Dialah yang memberikan nikmat kesenangan itu. Begitu cepat manusia lupa.
Pernahkah kita mencuba untuk merasai apa yang dirasai orang lain? Maksudnya dari segi perasaan? Soal hati dan perasaan begitu sukar untuk ditafsirkan, kerana setiap orang mempunyai setangkai hati yang mengandungi pelbagai pengalaman perasaan. Apatah lagi pengalaman dari kecil sehingga dewasa, lihat betapa banyaknya himpunan perasaan yang boleh kita simpan.
~Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".~~( At-Tahrim : 8 )

0 comments:
Post a Comment